Warkah Untuk Ibu.

Kepangkuan mak yg kini berada jauh dimata tetapi sentiasa dekat dan segar dihatiku. Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Mak,

Harini hari yg bersejarah buat mak. Genap 26 thn lepas(bukan tahun sebenar), mak berjuang melawan penderitaan antara hidup dan mati. Kerana hari itulah anakmu ini melihat dunia utk pertama kalinya. Warkah ini bukan utk membalas jasa kerana walaupon aku tawan puncak everest, walau ku renang selat Inggeris, jasamu tetap tak dpt ku balas. Warkah ini sebagai tanda anakmu tak pernah lupa akan detik2 itu dan jasamu selama ini.

Tak terbalas jasa mak gorengkan telur mata tengah2 malam buta sebab dengar aku melalak kelaparan. Pahtu mak suapkan aku telor cecah sos sambil belai rambut aku. Tak terbalas jasa mak memangku kepalaku yg berdarah sambil belai kepalaku dlm perjalanan ke hospital sebab kena langgar moto. Padahal waktu tu aku yg degil. Mak ckp jgn lintas jalan, aku selamba lintas. Aku yg degil, mak yg susah hati. Tak terbalas jasa mak menyelamatkan aku dari tali gantung buatan sendiri sebab aku terpengaruh ngan citer2 omputih waktu kekecik dulu. Nasib baik la mak sempat perasan tindakan aku tendang kerusi dan terus dukung aku. Kalo tak….

Mak,

Sempena Hari Ibu Apet ni, aku memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi. Terima kasih mak sebab menahan penderitaan melahirkan aku, menjaga aku waktu kekecik dan menjalankan tanggungjawab sbgai seorg ibu. Apepon kesalahan aku lakukan yg melanggar norma kehidupan, adalah salah aku semata2. Bukan salah mak yg melahirkan atau abah yg mengurat mak. Sepatutnya aku da boleh pikir mana baik n mana buruk. Semoga aku dapat mengukir senyuman diwajah mak n abah selagi mata belum terpejam, jantung belum terhenti. Semoga anakmu jadi anak yg soleh walopon tak kaya.

Hari ini adalah realiti tentang apa yg aku fikir pada hari semalam dan esok ialah realiti kepada fikiran aku pada hari ini. Sekian saja utk kali ni. Sampai berjumpa dilain lembaran. 

Anakmu yg menjadi asbab mak dipanggil mak,

Apet.


Leave a comment