Small matter je tu…

Kadang2 manusia buat silap kat org lain. Bila kita sedar ada buat silap, perkara utama biasa kena buat ialah minta maaf drpd org yg kita buat salah. Tapi kadang2 aku tak sedar aku ada buat silap. Jadi sebagai manusia yang tidak mempunyai kuasa utk membaca hati manusia lain, adalah penting utk org lain menegur kesilapan aku.

Masalah timbul bila dah ditegur ialah kita menganggap tu bukan satu kesilapan atau kita anggap ianya hanya kesilapan kecil. Mesti selalu org yg menyayangi kita berpesan, jgn buat ini… jgn buat itu. Bila kita anggap ‘buat ni’ atau ‘buat itu’ hanya perkara kecil dan kita tak rasa bersalah buat ini itu, ada satu perkara juga yang kita kena fikir. Sebenarnya mereka yang tersayang tu hanya mintak benda kecik je dari kita dan itu pon kita takleh nak buat. Betol tak?

Contoh kalo masa kekecik dulu makbapak selalu pesan jangan balik rumah lewat sgt. Kita lak fikir, ‘alaah, bukan selalu’ atau ‘alah, bukan salah pon. Bukan pergi merompak. Lepak2 ngan kawan je’.  Sebenarnya bila kita anggap ianya satu perkara kecil, sedar tak sedar perkara kecil la yang makbapak kita mintak kita buat yg kita tak boleh nak buat (apa aku berbual ni?).

Perkara yang kita anggap kecik bila kita buat kadangkala tanpa disedari memberi impak yang besar kpd org lain. Kalau ditanya mana lagi merbahaya antara nyamuk ngan harimau, mesti ada yang pilih harimau, Sedangkan manusia didunia ni lagi ramai mati digigit nyamuk dari mati dibaham harimau.


One response to “Small matter je tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: