Aku sudah jumpa…

Ada pepatah menyatakan berusaha tanpa doa itu sombong, doa tanpa usaha bohong. Ada juga yang kata doa tanpa usaha kosong atau sia-sia. Mana-mana pon betul. Pada aku yang lebih jelas ialah berusaha tanpa doa sombong, doa tanpa usaha MALAS.

Aku adalah seorang yang pemalas. Selalu bertangguh kerja. Jarang buat kerja. Malas adalah satu penyakit mental. Dengarnya tiada medical treatment untuk penyakit malas. Pergi kat kedai ubat, klinik atau hospital, ubat penyakit malas mmg tak jumpa. Jusmate 5 Dr. Rozmey pun tak boleh menghilangkan penyakit malas. Minum booster spt minuman penambah tenaga tongkat ali, redbull tidak menjamin kerajinan. Insyaallah ianya hanya bagi extra cergas.

Baru-baru ini aku dah jumpa penawar utk penyakit malas. Walaupun formula penawar penyakit malas ni aku dapat sewaktu aku tengah 10minit power nap kat office, aku jamin 110% bahawa formula penawar ini boleh menyembuhkan penyakit malas tak kira penyakit malas tu peringkat awal atau peringkat kronik. Formula penawar kepada penyakit malas ialah RAJIN. Ya, rajin! Tapi ingat, ini hanyalah formula. Formula ini akan berhasil sekiranya ianya ia disuntik ke dalam hati manusia. Formula ini tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada manusia sekiranya ia setakat ditanam di tepi bibir bersama pohon tebu.

Doa merupakan senjata orang mukmin. Berdoalah utk menjadi rajin. Doa + usaha = mukmin.

 

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: