Category Archives: Life Must Goes On

Kisah dua biji telur.

Satu hari, ada 2 biji telur sedang duduk berbincang mengenai impian mereka apabila menetas kelak. Mari ikuti perbualan mereka.

Telur A: Bro, bro nanti bila dah menetas bro bercita-cita nak jadi apa?

Telur B: Lu tanya gua nak jadi apa? Gua kalau boleh nak jadi tiram. Lu tau tiram? Orang kampung gua panggil ‘oyster’.

Telur A: Tau bro. Apsal lu nak jadi tiram ek?

Telur B: Pada hemat gua, jadi tiram ni sempoi. Gua tengok tiram hidup selesa. Relax je.

Telur A: Yeke?

Telur B: Lu tengok eh, jadi tiram ni, lu dok relax tak yah nak tanggung risiko menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Tak perlu nak buat survival decision. So, tak tak perlu ada rasa takut dan bimbang.

Telur A: Ooooo…lagi bro?

Telur B: Lagi satu, duduk kat dasar laut, air laut dah sedia kan makanan. Pendek kata, gua boleh hidup selesa dan selamat dibawah kawalan air laut. Lu tanya gua, lu nak jadi apa bila menetas nanti?

Telur A: Gua? Gua ingat bila gua menetas nanti gua nak jadi helang.

Telur B: Helang?

Telur A: A’ah, helang. Gua tau hidup sebagai helang tak senang macam hidup tiram. Helang takde siapa nak kasi makan. Gua perlu cari makan sendiri. Kalau duduk diam, alamat gua kelaparan la jawapnya.

Telur B: Betul tu bro.

Telur A: Tapi bro, kalo gua jadi helang bro, gua bebas untuk terbang kemana gua mahu dan buat apa yang gua suka. Gua boleh terbang setinggi gunung. Memang gua kena tanggung risiko dalam membuat survival decision. Tapi gua tak perlu menjadi hamba kepada air laut. Gua bebas untuk makan apa saja janji halal.

Telur B: Giler ah dingdong la bro ni…

Telur A: Betol bro. Senang kata, gua sangggup jadi helang dan gua sanggup lakukan apa saja yang perlu dilakukan oleh seekor helang untuk terus hidup. I wanted to live in the challenge and uncharted zone!

Advertisements

Rumah terbakar nampak asap. Hati terbakar siapa yang tahu..

Takde orang kat dunia ni suka dimarah. Lebih-lebih lagi dimarah tak tentu pasal. Kalau kita sedang marah, marah yang kita ada tu sepatutnya sekejap je. Yang marah lama-lama tu bukan kita dah. Tu setan yang menguasai fikiran dan perasaan kita. Sangat sukar untuk berfikir secara rasional sekiranya emosi dan fikiran dipengaruhi anasir hitam.

Manusia takkan marah lama-lama sekiranya dia tahu bahawa yang menyebabkan marah dia lama nak hilang adalah disebabkan setan yang menguasai perasaannya. Manusia takkan marah lama-lama seandainya dia tahu bahawa hati yang terbakar boleh dikawal dan dipadam dengan segera. Padam bukan dengan angin tapi dengan air.

Arang senang terbakar sebab ada angin.


Siapa dipenjara?

Dalam penjara, banduan tak dpt mkn apa yg mereka suka. Apa yg dihidang, itulah yg akn menjadi santapan mereka. Sedap atau tak, itu belakang kira. Janji makan. Banduan tak dpt nk bergaya dlm berpakaian. Apa yg disediakan itulah yg mereka pakai dan semua seragam. Banduan tak dpt nk melakukan aktiviti yg mereka sukai pada bila2 waktu. Semuanya da diaturkan. Termasuk bekerja dlm penjara dan mengikuti kelas2 agama. Kawan2 mereka terdiri daripada tahanan2 yang lain sejantina dgn mereka dan tiada pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Kalo da namanya hidup dlm penjara, dah tentulah para banduan tak dpt nk pergi ketempat yg ingin dilawati sesuka hati. Paling menyedihkan, mereka tak dpt nk bersama org yg mereka sayang setiap masa sepanjang berada dlm tahanan.

Pendek kata, dalam penjara kita tak dapat nak buat apa yg kita mahukan.

“Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.” (Riwayat Muslim).

Kita yang duduk kat dunia ni… adakah kita bebas utk mengenakan apa saja jenis pakaian? Adakah semua makanan yg ada kat dunia ni boleh kita makan dan minum sesuka hati? Adakah semua perkara kat dunia ni kita boleh lakukan? Semuanya ada batasan.

Kadang2 kita mengeluh apabila keinginan kita tak tercapai. Perasaan cemburu timbul jika kita lihat orang lain dapat apa yg mereka mahukan. Kadang2 kita mengeluh kenapa setelah berusaha nak jadi kaya tak juga kaya tapi orang lain duit berkepuk2. Kita mengeluh kenapalah kita tak dapat pakai kereta mewah sedangkan ramai orang disekeliling yang berkesempatan memiliki kereta idaman. Cemburu melihat orang lain sentiasa dapat bersama dgn orang yg mereka cintai.

Jgnlah mengeluh kerana mungkin juga ada benda yang kita tak dpt sekarang tapi akan diperolehi dikemudian hari. Yg penting syukur dgn nikmat yg tuhan bagi dan sentiasa doa utk mendapat rahmat dariNya.


Cinta Itu Magic

Salam,

Aku bukanlah seorang mahakarya cinta yg layak utk bcakap topik bkaitan cinta sesama manusia. Tapi berdasarkan pengalaman aku yg tak berapa bnyak ni, aku boleh klasifikasi beberapa tahap dalam hubungan manusia. Papepon ini sekadar pandangan peribadi dan bukanlah satu fakta yg boleh dijadikan panduan hidup.

Tahap suka.  Tahap suka ni pada aku tahap yg paling dasar yang mana perasaan suka ni kita boleh taburkan sebanyak2 dan sewenang2nya. Bila kita rasa kita suka seseorang? Biasanya kita suka pada cara bercakap ke, pada wajah ke, pada cara ketawa ke. Contoh, ‘aku sukala tengok dia ketawa’ atau ‘aku suka la tengok rambut dia’ atau ‘aku suka la tengok tenungan matanya’. Biasanya suka ni bersifat lahiriah. Pendek kata, ianya menyedapkan hati. Paling penting pada tahap suka ni, bila dia ada depan kita, kita akan suka tapi bila dia takde depan mata, kita tak kesah.

Tahap sayang. Tahap ni atas sket dari suka sebab bila kita berada pada tahap sayang kat seseorang, tuhan kurniakan satu perasaan yg unik sket bila dia takde depan mata. Perasaan rindu. Sayang ni bersifat kebatinan sket. Bila sayang, kita da tak peduli pasal paras rupa sangat. Biasanya kita sayang seseorang disebabkan hubungan yang sedia ada. Kadang2 ada juga yang sayangkan hubungan dan bukan pada orangnya. Pendek kata, sayang tak bermakna kita nak hidup bersama selamanya dengannya (bnyk la plak ‘nya’nya).

Tahap cinta. Tahap ni tahap yang sangat pelik. Kita akan sanggup tinggalkan org yg kita sayang semata2 utk bersama dgn org yg kita cinta.  Tahap ni tak boleh diterjemahkan dengan kata2. Tiada ayat yang sesuai utk menggambarkan cinta. Tak kesahlah kalo kita kaki karaoke ke ape, percaya atau tidak, lagu2 karaoke yg mempunyai bait2 cinta tu cuma pada aku kat level sayang je. Bila kita cinta seseorang, kita tak boleh nak bg jawapan kenapa kita cinta dia, atau bila kita start cinta dia. Selagi blom kawen, kita tak ada jawapan yang sesuai kerana cinta itu dirasai dgn hati. Boleh ke kita ckp ‘aku cinta dia sbb aku suka tengok dia ketawa’? Boleh ke kita ckp ‘aku cinta dia sbb dia seorg yg penyabar’? Kalo semua jawapan tu boleh, bermakna mmg ramai lah org kat dunia ni memiliki cinta kita. Jawapan yang sesuai pada aku ‘aku cinta dia kerana Allah Taala’ kerana Dialah yg mengurniakan perasaan ini.

Janganlah kita mempermainkan perasaan org dgn ketiga2 perkataan ini kerana ada org yg rasa bila kita ckp kita suka bermakna kita cinta. Dan bila dia ckp dia cintakan kita, jgn ditanya knp kerana cinta bukan dtg dari suaranya utk pendengaran kita. Cinta itu bukan makanan yg enak utk telinga kita. Cinta itu magic.


Blogku berwajah baru!!

Salam,

Sebagaimana yg kita sedia maklum, umur manusia semakin lama semakin meningkat. Dari kita kecik sampai lah dewasa, banyak perubahan yang telah kita saksikan. Tak kira alam sekeliling mahupun diri kita sendiri. Perubahan merupakan satu hukum alam yg tak boleh nak dinafikan.

Selari dgn peningkatan umurku yg semakin lama menuju keangka yg besar, aku telah melakukan transformasi terhadap blog ini dgn menyediakan layout yg lebih simple dan sedikit kebudak-budakan. Kebudak-budakan? (ape ni bro?) Kebudak-budakan disini bukanlah bermaksud aku tak dpt terima hakikat aku da semakin tua. Cuma aku tanak rasa menyesal tak merasai buat blog ala2 remaja bila aku da bebetul jadi warga tua. Nanti bebila aku buang la mamat2 yg berjoget kt blog ni. (bole pakai ke alasan ni?)

Jangan pertikaikn org yg berubah selagi perubahan itu tidak memberikan kesan negatif kpd diri sendiri dan org lain. Nilailah org yg tak berani utk merubah pandangan terhadap org lain drpd pandangan negatif kpd positif. Nilailah org yg kerja asek mengumpat je tak habis2.


Ayat closing…

Anak: Abah, dulu masa kat Mekah abah ader tak doa utk dikurniakan seorang menantu yang baik dan solehah?

Abah: Kenape?

Anak: Abah rasa kalo tuhan nak makbulkan doa kita, adakah tuhan akan turunkan sorang pompuan turun terus dari langit kat depan pintu rumah kita?

Abah:…

Anak: Apakata mak n abah tolong jumpekan kat mak bapak budak yang saya tengah kawan skang ni.

Abah: (seterusnya ialah kata2 peringatan dari seorg ayah kpd anak tentang tanggungjawab sbg seorg lelaki) 1. bangun subuh. 2. baca Quran selalu 3. Diri tak betul, ada ati nak jaga anak org.

Anak: Saya tatau la kenapa budak pompuan ni susah sgt saya nak lupa. Dah delete nama kat hp pon takleh jalan.

Emak: Dah sampai masa la tu..

Abah: (menyambung leteran)

Anak: Saya faham dan saya sedar.

Abah: Jadi bila nak gi jumpa?

Anak: Alhamdulillah…


Back to basic

Salam,

Lama dah aku tinggalkan blog ni kerana hati aku berada dlm keadaan kacau bilau walaupun aku pernah ckp dulu aku menulis blog sebagai terapi utk menghilangkan tekanan. So, perbuatan aku tak selari dgn apa yg aku da ckp. Skang aku nak start balik dan sbg permulaan, ada baiknya kalo aku mulakan dgn bacaan doa. Alfatihah…

Ya Allah, banyak sgt dosa yg aku da buat sejak aku akil baligh hingga ke hari ini. Dosa masa aku remaja yg seringkali menyusahkan org tua dan cikgu2 kat sekolah, buat mereka menangis kesedihan, bohong mereka dan tak hormat mereka dan aku tak bersyukur kpdmu Ya Allah atas nikmat memiliki org tua yg baik dan menyayangi aku. Ampunkanlah aku Ya Allah. Sesungguhnya aku beruntung berbanding anak2 lain yg dibesarkan tanpa org tua atau memiliki org tua tp tak peduli dgn anaknya.

Ampunilah dosa2 aku ketika remaja yang hampir tak pernah mengingatMu setiap hari, padahal saat itu Engkau telah mulai mencatat dan mengumpulkan setiap dosa2 ku. Ampunilah aku sbb kemalasanku dalam melakukan solat pada masa lalu, ampunilah kebodohanku saat itu yang lebih takut pada kehilangan teman dan pergaulan daripada bergantung kepada Engkau. Ampuni pula pergaulanku selama remaja yang jauh dari nilai-nilai agama dan sering menyakitkan hati orang lain sedangkan aku sering melakukannya tanpa rasa bersalah.

Ampuni pula dosa2ku semasa aku bekerja. Skrg aku sedar bahawa takde redha darimu utk setiap lelah aku bekerja jika tak didasari niat kerana mencari keredhaan mu ya Allah. Banyak keje yg aku lakukan hanya dgn niat nak cari duit atau sbb takut takde duit dan bukan sbb mencari keredhaan Mu padahal Engkau hanya suruh aku kerja dan masalah rezeki dan kayamiskin semuanya atas keputusan Mu ya Allah. Seringkali aku lebih takut pada bos aku dan keterburuan aku berbanding rasa takut padaMu dlm menegakkan solat padahal Engkau telah mempersiapkan neraka yang dahsyat untuk orang2 yang meninggalkan atau melengah2kan solat.

Ya Allah seandainya Engkau telah mempersiapkan hukuman 1 tahun di neraka untuk setiap 1 kali solat yang aku tinggalkan atau yang belum sempurna, maka berapa ribu tahun aku di neraka untuk mengganti ribuan solat yang telah aku tinggalkan atau aku kejekan dengan tidak sempurna selama hidupku sejak aku akil-baligh. Karena itu ampunilah dosa2ku ya Allah. Siapa lagi yang dapat mengampuniku kalau bukan Engkau ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin..