Rindu

Pada hemat aku, rindu adalah satu perasaan universal yg lahir dari hati manusia dan bukan hanya terbatas kpd manusia. Adakala perasaan rindu merujuk kpd kenangan ataupun situasi. Contohnya kita mungkin rindu pada kampung halaman, rindu pada suasana hari raya dan sbagainya. Rindu merupakan mutiara batin yg kadangkala berperanan sbg api yg membakar jiwa manusia.

Rindu ialah daya tarikan perasaan manusia terhadap X ( X boleh jadi manusia, situasi atau tempat) Perasaan rindu mempunyai kaitan rapat dgn mata dan masa. Hukum Rindu (karut je ni) menyatakan Amaun Rindu Terhadap X berkadar terus dengan masa (t), selagi X tiada didepan mata. Dengan kata yang lebih mudah: lagi lama tak jumpa, lagi bertambah la perasaan rindu.

Rindu adakala bercas positif dan adakala bercas negatif. Rindu yg bercas negatif boleh membuatkn manusia jd tidak bersemangat dlm mengharungi kehidupan seharian. Bagaimana rindu yg bercas negatif terjadi dan apakah langkah yg perlu diambil utk menjauhinya? Secara amnya, rindu bercas negatif terjadi disebabkan kita selalu memandang kebelakang. Maknanya mengira tarikh pertemuan terakhir sehingga waktu sebenar. Jika dikira jumlah tersebut, sudah tentulah semakin hari semakin bertambah jumlahnya dan terasa diri semakin jauh dgn X. Pada hakikatnya jumlah hari semakin berkurang untuk ke pertemuan yg seterusnya. Dgn kata lain, semakin lama tak jumpa bermakna semakin hampir kita kepada pertemuan yg seterusnya, inshaAllah.

Rindu boleh membuatkn wanita memahami erti kehidupan dan menjadikan perasaannya smakin dalam. Rindu juga membuatkn sang lelaki takkn mengkhianati cintanya. Justeru, gunalah perasaan rindu sebaik2nya kerana perasaan rindu boleh dianggap sebagai bahan bakar kpd semangat kita utk terus menggerakkan diri menempuh hari2 yg mendatang.

P/S: ini hanyalah coretan peribadi dan bukannya fakta ilmiah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: