Cinta Itu Magic

Salam,

Aku bukanlah seorang mahakarya cinta yg layak utk bcakap topik bkaitan cinta sesama manusia. Tapi berdasarkan pengalaman aku yg tak berapa bnyak ni, aku boleh klasifikasi beberapa tahap dalam hubungan manusia. Papepon ini sekadar pandangan peribadi dan bukanlah satu fakta yg boleh dijadikan panduan hidup.

Tahap suka.  Tahap suka ni pada aku tahap yg paling dasar yang mana perasaan suka ni kita boleh taburkan sebanyak2 dan sewenang2nya. Bila kita rasa kita suka seseorang? Biasanya kita suka pada cara bercakap ke, pada wajah ke, pada cara ketawa ke. Contoh, ‘aku sukala tengok dia ketawa’ atau ‘aku suka la tengok rambut dia’ atau ‘aku suka la tengok tenungan matanya’. Biasanya suka ni bersifat lahiriah. Pendek kata, ianya menyedapkan hati. Paling penting pada tahap suka ni, bila dia ada depan kita, kita akan suka tapi bila dia takde depan mata, kita tak kesah.

Tahap sayang. Tahap ni atas sket dari suka sebab bila kita berada pada tahap sayang kat seseorang, tuhan kurniakan satu perasaan yg unik sket bila dia takde depan mata. Perasaan rindu. Sayang ni bersifat kebatinan sket. Bila sayang, kita da tak peduli pasal paras rupa sangat. Biasanya kita sayang seseorang disebabkan hubungan yang sedia ada. Kadang2 ada juga yang sayangkan hubungan dan bukan pada orangnya. Pendek kata, sayang tak bermakna kita nak hidup bersama selamanya dengannya (bnyk la plak ‘nya’nya).

Tahap cinta. Tahap ni tahap yang sangat pelik. Kita akan sanggup tinggalkan org yg kita sayang semata2 utk bersama dgn org yg kita cinta.  Tahap ni tak boleh diterjemahkan dengan kata2. Tiada ayat yang sesuai utk menggambarkan cinta. Tak kesahlah kalo kita kaki karaoke ke ape, percaya atau tidak, lagu2 karaoke yg mempunyai bait2 cinta tu cuma pada aku kat level sayang je. Bila kita cinta seseorang, kita tak boleh nak bg jawapan kenapa kita cinta dia, atau bila kita start cinta dia. Selagi blom kawen, kita tak ada jawapan yang sesuai kerana cinta itu dirasai dgn hati. Boleh ke kita ckp ‘aku cinta dia sbb aku suka tengok dia ketawa’? Boleh ke kita ckp ‘aku cinta dia sbb dia seorg yg penyabar’? Kalo semua jawapan tu boleh, bermakna mmg ramai lah org kat dunia ni memiliki cinta kita. Jawapan yang sesuai pada aku ‘aku cinta dia kerana Allah Taala’ kerana Dialah yg mengurniakan perasaan ini.

Janganlah kita mempermainkan perasaan org dgn ketiga2 perkataan ini kerana ada org yg rasa bila kita ckp kita suka bermakna kita cinta. Dan bila dia ckp dia cintakan kita, jgn ditanya knp kerana cinta bukan dtg dari suaranya utk pendengaran kita. Cinta itu bukan makanan yg enak utk telinga kita. Cinta itu magic.


One response to “Cinta Itu Magic

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: