Small matter je tu…

Kadang2 manusia buat silap kat org lain. Bila kita sedar ada buat silap, perkara utama biasa kena buat ialah minta maaf drpd org yg kita buat salah. Tapi kadang2 aku tak sedar aku ada buat silap. Jadi sebagai manusia yang tidak mempunyai kuasa utk membaca hati manusia lain, adalah penting utk org lain menegur kesilapan aku.

Masalah timbul bila dah ditegur ialah kita menganggap tu bukan satu kesilapan atau kita anggap ianya hanya kesilapan kecil. Mesti selalu org yg menyayangi kita berpesan, jgn buat ini… jgn buat itu. Bila kita anggap ‘buat ni’ atau ‘buat itu’ hanya perkara kecil dan kita tak rasa bersalah buat ini itu, ada satu perkara juga yang kita kena fikir. Sebenarnya mereka yang tersayang tu hanya mintak benda kecik je dari kita dan itu pon kita takleh nak buat. Betol tak?

Contoh kalo masa kekecik dulu makbapak selalu pesan jangan balik rumah lewat sgt. Kita lak fikir, ‘alaah, bukan selalu’ atau ‘alah, bukan salah pon. Bukan pergi merompak. Lepak2 ngan kawan je’.  Sebenarnya bila kita anggap ianya satu perkara kecil, sedar tak sedar perkara kecil la yang makbapak kita mintak kita buat yg kita tak boleh nak buat (apa aku berbual ni?).

Perkara yang kita anggap kecik bila kita buat kadangkala tanpa disedari memberi impak yang besar kpd org lain. Kalau ditanya mana lagi merbahaya antara nyamuk ngan harimau, mesti ada yang pilih harimau, Sedangkan manusia didunia ni lagi ramai mati digigit nyamuk dari mati dibaham harimau.

Advertisements

Test iklan

<iframe src=”http://www.emallnetwork.com/product/widget/view/10448&#8243; width=”272″ height=”130″ frameborder=”0″ scrolling=”no”></iframe>


Rindu

Pada hemat aku, rindu adalah satu perasaan universal yg lahir dari hati manusia dan bukan hanya terbatas kpd manusia. Adakala perasaan rindu merujuk kpd kenangan ataupun situasi. Contohnya kita mungkin rindu pada kampung halaman, rindu pada suasana hari raya dan sbagainya. Rindu merupakan mutiara batin yg kadangkala berperanan sbg api yg membakar jiwa manusia.

Rindu ialah daya tarikan perasaan manusia terhadap X ( X boleh jadi manusia, situasi atau tempat) Perasaan rindu mempunyai kaitan rapat dgn mata dan masa. Hukum Rindu (karut je ni) menyatakan Amaun Rindu Terhadap X berkadar terus dengan masa (t), selagi X tiada didepan mata. Dengan kata yang lebih mudah: lagi lama tak jumpa, lagi bertambah la perasaan rindu.

Rindu adakala bercas positif dan adakala bercas negatif. Rindu yg bercas negatif boleh membuatkn manusia jd tidak bersemangat dlm mengharungi kehidupan seharian. Bagaimana rindu yg bercas negatif terjadi dan apakah langkah yg perlu diambil utk menjauhinya? Secara amnya, rindu bercas negatif terjadi disebabkan kita selalu memandang kebelakang. Maknanya mengira tarikh pertemuan terakhir sehingga waktu sebenar. Jika dikira jumlah tersebut, sudah tentulah semakin hari semakin bertambah jumlahnya dan terasa diri semakin jauh dgn X. Pada hakikatnya jumlah hari semakin berkurang untuk ke pertemuan yg seterusnya. Dgn kata lain, semakin lama tak jumpa bermakna semakin hampir kita kepada pertemuan yg seterusnya, inshaAllah.

Rindu boleh membuatkn wanita memahami erti kehidupan dan menjadikan perasaannya smakin dalam. Rindu juga membuatkn sang lelaki takkn mengkhianati cintanya. Justeru, gunalah perasaan rindu sebaik2nya kerana perasaan rindu boleh dianggap sebagai bahan bakar kpd semangat kita utk terus menggerakkan diri menempuh hari2 yg mendatang.

P/S: ini hanyalah coretan peribadi dan bukannya fakta ilmiah.


Siapa dipenjara?

Dalam penjara, banduan tak dpt mkn apa yg mereka suka. Apa yg dihidang, itulah yg akn menjadi santapan mereka. Sedap atau tak, itu belakang kira. Janji makan. Banduan tak dpt nk bergaya dlm berpakaian. Apa yg disediakan itulah yg mereka pakai dan semua seragam. Banduan tak dpt nk melakukan aktiviti yg mereka sukai pada bila2 waktu. Semuanya da diaturkan. Termasuk bekerja dlm penjara dan mengikuti kelas2 agama. Kawan2 mereka terdiri daripada tahanan2 yang lain sejantina dgn mereka dan tiada pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Kalo da namanya hidup dlm penjara, dah tentulah para banduan tak dpt nk pergi ketempat yg ingin dilawati sesuka hati. Paling menyedihkan, mereka tak dpt nk bersama org yg mereka sayang setiap masa sepanjang berada dlm tahanan.

Pendek kata, dalam penjara kita tak dapat nak buat apa yg kita mahukan.

“Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.” (Riwayat Muslim).

Kita yang duduk kat dunia ni… adakah kita bebas utk mengenakan apa saja jenis pakaian? Adakah semua makanan yg ada kat dunia ni boleh kita makan dan minum sesuka hati? Adakah semua perkara kat dunia ni kita boleh lakukan? Semuanya ada batasan.

Kadang2 kita mengeluh apabila keinginan kita tak tercapai. Perasaan cemburu timbul jika kita lihat orang lain dapat apa yg mereka mahukan. Kadang2 kita mengeluh kenapa setelah berusaha nak jadi kaya tak juga kaya tapi orang lain duit berkepuk2. Kita mengeluh kenapalah kita tak dapat pakai kereta mewah sedangkan ramai orang disekeliling yang berkesempatan memiliki kereta idaman. Cemburu melihat orang lain sentiasa dapat bersama dgn orang yg mereka cintai.

Jgnlah mengeluh kerana mungkin juga ada benda yang kita tak dpt sekarang tapi akan diperolehi dikemudian hari. Yg penting syukur dgn nikmat yg tuhan bagi dan sentiasa doa utk mendapat rahmat dariNya.


Cinta Itu Magic

Salam,

Aku bukanlah seorang mahakarya cinta yg layak utk bcakap topik bkaitan cinta sesama manusia. Tapi berdasarkan pengalaman aku yg tak berapa bnyak ni, aku boleh klasifikasi beberapa tahap dalam hubungan manusia. Papepon ini sekadar pandangan peribadi dan bukanlah satu fakta yg boleh dijadikan panduan hidup.

Tahap suka.  Tahap suka ni pada aku tahap yg paling dasar yang mana perasaan suka ni kita boleh taburkan sebanyak2 dan sewenang2nya. Bila kita rasa kita suka seseorang? Biasanya kita suka pada cara bercakap ke, pada wajah ke, pada cara ketawa ke. Contoh, ‘aku sukala tengok dia ketawa’ atau ‘aku suka la tengok rambut dia’ atau ‘aku suka la tengok tenungan matanya’. Biasanya suka ni bersifat lahiriah. Pendek kata, ianya menyedapkan hati. Paling penting pada tahap suka ni, bila dia ada depan kita, kita akan suka tapi bila dia takde depan mata, kita tak kesah.

Tahap sayang. Tahap ni atas sket dari suka sebab bila kita berada pada tahap sayang kat seseorang, tuhan kurniakan satu perasaan yg unik sket bila dia takde depan mata. Perasaan rindu. Sayang ni bersifat kebatinan sket. Bila sayang, kita da tak peduli pasal paras rupa sangat. Biasanya kita sayang seseorang disebabkan hubungan yang sedia ada. Kadang2 ada juga yang sayangkan hubungan dan bukan pada orangnya. Pendek kata, sayang tak bermakna kita nak hidup bersama selamanya dengannya (bnyk la plak ‘nya’nya).

Tahap cinta. Tahap ni tahap yang sangat pelik. Kita akan sanggup tinggalkan org yg kita sayang semata2 utk bersama dgn org yg kita cinta.  Tahap ni tak boleh diterjemahkan dengan kata2. Tiada ayat yang sesuai utk menggambarkan cinta. Tak kesahlah kalo kita kaki karaoke ke ape, percaya atau tidak, lagu2 karaoke yg mempunyai bait2 cinta tu cuma pada aku kat level sayang je. Bila kita cinta seseorang, kita tak boleh nak bg jawapan kenapa kita cinta dia, atau bila kita start cinta dia. Selagi blom kawen, kita tak ada jawapan yang sesuai kerana cinta itu dirasai dgn hati. Boleh ke kita ckp ‘aku cinta dia sbb aku suka tengok dia ketawa’? Boleh ke kita ckp ‘aku cinta dia sbb dia seorg yg penyabar’? Kalo semua jawapan tu boleh, bermakna mmg ramai lah org kat dunia ni memiliki cinta kita. Jawapan yang sesuai pada aku ‘aku cinta dia kerana Allah Taala’ kerana Dialah yg mengurniakan perasaan ini.

Janganlah kita mempermainkan perasaan org dgn ketiga2 perkataan ini kerana ada org yg rasa bila kita ckp kita suka bermakna kita cinta. Dan bila dia ckp dia cintakan kita, jgn ditanya knp kerana cinta bukan dtg dari suaranya utk pendengaran kita. Cinta itu bukan makanan yg enak utk telinga kita. Cinta itu magic.


Saya yang keseorangan


Takde org yg tahan dgn perangai awak kecuali saya!

Salam,

Siapa yg tak pernah dengar ayat spt tajuk entri ni? Pernah? Tak?

Ada dua kemungkinan yg boleh aku buat dr ayat tersebut.

Pertama, kalo pernah ada org ckp kt kita ayat tersebut maknanya kita kena tengok diri sendiri. Muhasabah diri. Kita kena tengok apa perangai/sikap kita yg membuatkan org sentiasa sakit ati atau terasa ati. Sebab biasanya ayat tersebut akan hinggap ditelinga kita sekiranya kita melakukan perkara negatif yg sama berulangkali. Kita perlu bersyukur kerana ada org yg sanggup tahan ngan perangai kita dan sudi utk membantu memperbaiki diri kita.

Kedua (yg ni ada org bitau aku la), kalo pernah ada org ckp kat kita ayat tersebut maknanya org yg ckp camtu tu je yg tak tahan ngan kita. Fikir2kan!