Monthly Archives: May 2011

aku tak paham la ko ni (2)

Salam,

Pernahkah kadang2 kita terfikir kenapalah takde siapa yang faham diri kita? Pernah? Bila biasa kita terfikir camtu?  Biasanya fikiran macam tu muncul bila ada orang (terutama orang yang kita sayang) atau rakan karib dah buat kita terasa hati. Bagi yang ‘single’ pula, ada sesetengahnya terlintas difikiran ‘kalau boleh aku nak cari ngan orang yang boleh faham diri aku’. Pernah rasa?

Tu bila kita fikir orang lain. Diri sendiri macamana pula? Adakah kita ni faham diri sendiri? Pernahkah kita cakap ‘apa yang aku nak sebenarnya?’ atau ‘kenapa aku jadi macam ni?’ atau ‘aku tak faham diri aku’. Pernah?

Apa yang aku nak cuba sampaikan sebenarnya? Sebenarnya, sangat tak logik kalau kita nak harap orang lain faham diri kita. Manusia merupakan makhluk yang unik. Jangan lah mengharap  orang lain faham diri kita sebab kita pon kadangkala tak faham ngan diri sendiri. Bila diri sendiri pon kadang2 kita tak faham, apatah lagi la orang lain nak faham kita.

Biasa kita dengar ayat ‘takde orang perfect’. Tu sebenarnya ayat motivasi supaya kita bersyukur dapat berkawan atau berkasih dengan seseorang walaupun dia kadangkala memang tak faham diri kita selagi kita tak beritahu apa yang kita mahu. We don’t have to be perfect to be lovable. We don’t have to be perfect to be a perfect partner.

Kesimpulannya, usahlah kita mengharap orang lain faham kita seandainya kita pon kadangkala tak faham diri sendiri. Kalau kita kenal dan faham diri kita, maka kita takkan sekali-kali cakap orang lain tak faham kita.

Entri kalini adalah lanjutan kepada entri aku pada pada setahun 7 bulan lepas   https://apetbarreto.wordpress.com/2009/04/21/aku-tak-paham-la-ko-ni/ .


Underwear

Wife goes to Mall, sees men’s underwear on sale.

She buys a dozen of the same colour.

Goes home and gives hubby.

Hubby protests, “Why buy me the same colour? People will think I do not change underwear!!

Wife asks, “WHICH PEOPLE?”