Monthly Archives: April 2011

Maju.

Amerika dan kebanyakan negara di eropah yang sudah mencapai status negara maju, menghuni ranking yang tinggi dalam carta statistik jenayah perkapita yang dikeluarkan nationmaster.com. Contohnya kat UK, sebanyak 85.6 jenayah dilaporkan setiap 1000 orang. Malaysia ranking 50 (7 daripada 1000). Hmm…

Dulu kalau bicara mengenai negara maju, aku mesti terbayang keadaan negara yang mempunyai infrastruktur yang moden. Di rumah ada peralatan elektronik atau gajet-gajet yang canggih. Semua guna ‘remote control’. Bangunan-bangunan pada waktu malam berseri-seri dengan lampu neon. TV besar merata-rata kat tepi-tepi jalan. Internet laju gila. Semua benda ‘computerized’. LRT berlingkar-lingkar kat kawasan bandar. Pendek kata, negara maju sangat sinonim dengan kemajuan ekonomi.

maju

Hari ini aku rasa tafsiran sebegitu tak berapa tepat. Malah, sehingga kini masih lagi wujud perdebatan mengenai tanda aras mengukur negara maju. Penting ke status negara maju? Pada pendapat aku, kalau status negara maju diukur dari segi kemajuan ekonomi semata-mata, maka status negara maju tu tak berapa penting.

Sekiranya negara maju tafsirannya seperti yang dinyatakan oleh bekas setiausaha agung PBB, atau ikut tafsiran Dr. Mahathir (Wawasan 2020), tu baru penting dan aku sangat sokong.

“Negara maju ialah negara yang membolehkan semua warganya menikmati kehidupan yang bebas dan sihat dalam suasana yang aman.” -Kofi Annan (Kalau ikut tafsiran ni, negara Arab Saudi telah pun mencapai status negara maju).

Pada aku juga, negara maju bergantung kepada mentaliti, akhlak dan budaya rakyat sesebuah negara. Benda paling remeh la, kalau berebut-rebut nak naik LRT, memang tak boleh nak maju. Kalau pandu kereta potong Q masa nak bayar tol, memang tak maju la. Kalau pandu kereta suka tonjol kereta depan rapat-rapat, lagi la rendah pemikiran orang camni. Ni baru perkara kecil. Belum cerita siswazah menganggur atau jenayah lagi.

Institusi kekeluargaan menjadi tempat melahirkan masyarakat yang bermentaliti maju dan berakhlak mulia. Individu yang bermentaliti maju adalah individu yang berinovasi. Takkan nak harapkan institusi pendidikan semata-mata sebab institusi pendidikan tinggi di Malaysia mengutamakan mereka yang betul-betul nak belajar/nak pandai dan seterusnya menjadi ‘job seeker’ dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

p/s: Lagi bagus kalau universiti menerapkan mentaliti ‘job creator’ atau ‘income generator’ kepada mahasiswa.

(http://www.nationmaster.com/graph/cri_tot_cri_percap-crime-total-crimes-per-capita)

Advertisements

Kisah dua biji telur.

Satu hari, ada 2 biji telur sedang duduk berbincang mengenai impian mereka apabila menetas kelak. Mari ikuti perbualan mereka.

Telur A: Bro, bro nanti bila dah menetas bro bercita-cita nak jadi apa?

Telur B: Lu tanya gua nak jadi apa? Gua kalau boleh nak jadi tiram. Lu tau tiram? Orang kampung gua panggil ‘oyster’.

Telur A: Tau bro. Apsal lu nak jadi tiram ek?

Telur B: Pada hemat gua, jadi tiram ni sempoi. Gua tengok tiram hidup selesa. Relax je.

Telur A: Yeke?

Telur B: Lu tengok eh, jadi tiram ni, lu dok relax tak yah nak tanggung risiko menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Tak perlu nak buat survival decision. So, tak tak perlu ada rasa takut dan bimbang.

Telur A: Ooooo…lagi bro?

Telur B: Lagi satu, duduk kat dasar laut, air laut dah sedia kan makanan. Pendek kata, gua boleh hidup selesa dan selamat dibawah kawalan air laut. Lu tanya gua, lu nak jadi apa bila menetas nanti?

Telur A: Gua? Gua ingat bila gua menetas nanti gua nak jadi helang.

Telur B: Helang?

Telur A: A’ah, helang. Gua tau hidup sebagai helang tak senang macam hidup tiram. Helang takde siapa nak kasi makan. Gua perlu cari makan sendiri. Kalau duduk diam, alamat gua kelaparan la jawapnya.

Telur B: Betul tu bro.

Telur A: Tapi bro, kalo gua jadi helang bro, gua bebas untuk terbang kemana gua mahu dan buat apa yang gua suka. Gua boleh terbang setinggi gunung. Memang gua kena tanggung risiko dalam membuat survival decision. Tapi gua tak perlu menjadi hamba kepada air laut. Gua bebas untuk makan apa saja janji halal.

Telur B: Giler ah dingdong la bro ni…

Telur A: Betol bro. Senang kata, gua sangggup jadi helang dan gua sanggup lakukan apa saja yang perlu dilakukan oleh seekor helang untuk terus hidup. I wanted to live in the challenge and uncharted zone!


Rumah terbakar nampak asap. Hati terbakar siapa yang tahu..

Takde orang kat dunia ni suka dimarah. Lebih-lebih lagi dimarah tak tentu pasal. Kalau kita sedang marah, marah yang kita ada tu sepatutnya sekejap je. Yang marah lama-lama tu bukan kita dah. Tu setan yang menguasai fikiran dan perasaan kita. Sangat sukar untuk berfikir secara rasional sekiranya emosi dan fikiran dipengaruhi anasir hitam.

Manusia takkan marah lama-lama sekiranya dia tahu bahawa yang menyebabkan marah dia lama nak hilang adalah disebabkan setan yang menguasai perasaannya. Manusia takkan marah lama-lama seandainya dia tahu bahawa hati yang terbakar boleh dikawal dan dipadam dengan segera. Padam bukan dengan angin tapi dengan air.

Arang senang terbakar sebab ada angin.