Back to basic

Salam,

Lama dah aku tinggalkan blog ni kerana hati aku berada dlm keadaan kacau bilau walaupun aku pernah ckp dulu aku menulis blog sebagai terapi utk menghilangkan tekanan. So, perbuatan aku tak selari dgn apa yg aku da ckp. Skang aku nak start balik dan sbg permulaan, ada baiknya kalo aku mulakan dgn bacaan doa. Alfatihah…

Ya Allah, banyak sgt dosa yg aku da buat sejak aku akil baligh hingga ke hari ini. Dosa masa aku remaja yg seringkali menyusahkan org tua dan cikgu2 kat sekolah, buat mereka menangis kesedihan, bohong mereka dan tak hormat mereka dan aku tak bersyukur kpdmu Ya Allah atas nikmat memiliki org tua yg baik dan menyayangi aku. Ampunkanlah aku Ya Allah. Sesungguhnya aku beruntung berbanding anak2 lain yg dibesarkan tanpa org tua atau memiliki org tua tp tak peduli dgn anaknya.

Ampunilah dosa2 aku ketika remaja yang hampir tak pernah mengingatMu setiap hari, padahal saat itu Engkau telah mulai mencatat dan mengumpulkan setiap dosa2 ku. Ampunilah aku sbb kemalasanku dalam melakukan solat pada masa lalu, ampunilah kebodohanku saat itu yang lebih takut pada kehilangan teman dan pergaulan daripada bergantung kepada Engkau. Ampuni pula pergaulanku selama remaja yang jauh dari nilai-nilai agama dan sering menyakitkan hati orang lain sedangkan aku sering melakukannya tanpa rasa bersalah.

Ampuni pula dosa2ku semasa aku bekerja. Skrg aku sedar bahawa takde redha darimu utk setiap lelah aku bekerja jika tak didasari niat kerana mencari keredhaan mu ya Allah. Banyak keje yg aku lakukan hanya dgn niat nak cari duit atau sbb takut takde duit dan bukan sbb mencari keredhaan Mu padahal Engkau hanya suruh aku kerja dan masalah rezeki dan kayamiskin semuanya atas keputusan Mu ya Allah. Seringkali aku lebih takut pada bos aku dan keterburuan aku berbanding rasa takut padaMu dlm menegakkan solat padahal Engkau telah mempersiapkan neraka yang dahsyat untuk orang2 yang meninggalkan atau melengah2kan solat.

Ya Allah seandainya Engkau telah mempersiapkan hukuman 1 tahun di neraka untuk setiap 1 kali solat yang aku tinggalkan atau yang belum sempurna, maka berapa ribu tahun aku di neraka untuk mengganti ribuan solat yang telah aku tinggalkan atau aku kejekan dengan tidak sempurna selama hidupku sejak aku akil-baligh. Karena itu ampunilah dosa2ku ya Allah. Siapa lagi yang dapat mengampuniku kalau bukan Engkau ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin..


2 responses to “Back to basic

  • chenta utk 'ayn

    Apet, aku rindu tulisan2 dalam blog ko…. Selamat kembali menulis dan aku harapkan ko dapat menulis sesuatu yang dapat memberi sesuatu dalam penulisan ko… Semoga berjaya!!!

  • Apet

    thanks ain. takde apa yg dpt aku beri dlm blog ni kerana ianya hanyalah fiktif belaka. tiada kena mengena dgn sesiapa kecuali mereka yg sedang memakan cili sperti aku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: