Pada pandangan aku la….

Pada pandangan aku, baik pompuan zaman skang atau pompuan yg dtg dari masa depan banyak memandang kepada lelaki yg boley bagi jaminan kewangan sebagai syarat utama jadi calon suami. Syarat seterusnya barula baik hati, jujur, bersih, cekap, amanah, bertanggungjawab, sedap mate memandang…..bla..bla…bla. Aku tak cakap sume pompuan. Tapi banyak yang camtu. Selalu aku akan cakap ‘betulkan aku kalo aku salah’. But this time, aku akan ckp ‘Kalo korg (berumur 25thn keatas dan masih bujang) nak betulkan ape yg aku cakap, aku tadehal. Tapi kalo korg tipu diri sendiri, aku takleh nak betulkan.’ Realitinya lelaki kalo setakat ade sekeping hati yg ikhlas je mmg tak cukup. Mesti ade berkeping2 kertas yg ade gambar Agong.

Duit bukan segala2nye tp segala2 memerlukan duit. Memangla duit taleh beli sihat tapi duit bley bli ubat. Duit taleh beli ilmu tapi duit bley beli buku. Duit taleh bli cinta tapi duit boley beli bunga. Beli topup nak call awek pon pakai duit. Pada aku satu je taleh beli ngan duit. Senyuman dibibir yg lahir dari hati kerana perasaan ikhlas taleh dibeli dgn duit.

Sebenarnya memang patut pompuan memandang pada lelaki yg boley bagi jaminan kewangan. Malah mmg perlu diambil kira sebagai jaminan masa depan. Dan cari rezeki pon mmg da jadi tanggungjawab lelaki. Pun begitu, orang yg bertanggungjawab takkan anggap sesuatu perkara tu tanggungjawab satu pihak je.

Mebi arini kita kenal seseorg tu hidup senang. Bahagia kata org. Tapi penah tak tebayang kalo tetiba datang ujian tuhan si lelaki ni dilanda tsunami masalah kewangan? Bley ke nak idup susah sesame? Maklumla langit tak selalu cerah tapi tak ramai pompuan yg sanggup tunggu awan mendung berarak pergi. Tu yg selalu gado bile da biasa idup senang tetibe jatuh susah. (Cam aku plak, idup susah. Bile aku da senang, lupe diri.)

Kepada kaum adam, ayuh kita buktikan. Takde lelaki yg tak jatuh tapi sang juara bangkit dan bangun utk berjuang semula. Berlari bukan pandang kebawah melihat kaki tapi pandang kedepan menuju destinasi.

Kepada kaum hawa, jgn la pandang pada harta dan rupa semata2. Pandanglah kepada seseorang yang dapat buat korang tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

Kepada seseorg, aku sentiasa dibelakang ko tapi ko jgn pandang blakang kerana akulah punca kedukaanmu…hahaha 

p/s: Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak dapat apa yang kita tanak. Dan bila kita dapat apa yang kita nak, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita nak kadang2 tak membuatkan hidup kita menjadi lebih bahagia. So, bukan kesempurnaan yg patut kita cari, tetapi kesefahaman. 


4 responses to “Pada pandangan aku la….

  • nevermindlah

    Pada diri, aku ingin menjadi sang juara yang bangkit dan bangun untuk berjuang semula.walau berapa kali terjatuh,aku tetap akan gagah dan terus mara.kerana aku yakin di hadapan terlindung kejayaan di balik kepayahan.

    dan Pada jutawan-jutawan, aku mungkin tak dapat menandingin korang tapi percayalah aku akan mengikuti jejak langkah mu.

  • eDoTz

    hai, sy budak pompuan yg berumur 25 tahun nk masuk 26 tahun. saya nk bagi pendapat kenapa ramai pompuan Melayu prefer lelaki yg ada banyak kertas gamba kepala agung.
    > nak kawen perlu duit. duit belanja kenduri, hantaran dan mas kawen. zaman sekarang, ramai yang nk kawen kenduri grand2, perlu belanja besar. huhu~
    > dah kawen perlu ada kelengkapan rumah. duit lagi~ -___-
    > dah kawen, then dapat baby. nak lahirkan baby kat hospital, kain lampin semuanya perlu belanja. -___-

    betul, lelaki ada duit tak semestinya buat hidup bahagia. duit tak boleh beli kebahagiaan, tapi kalau tak ada duit, mungkin banyak masalahnya nanti.

    lagi baguih kalo dapat cari pasangan yg sanggup bersusah walopon tak cukup duit! sharing is caring. hehe

  • Apet

    ya rite…cume satu je sebenarnya yg bnyak org tak sedar. Takde org yg nak hidup miskin. Yg ade hanyelah org yg malas berusaha. Dan yg paling penting ramai org tak tau beza org yg tade duit ngan org tak berduit yg berusaha cari duit. Disebalik kejayaan seorg lelaki, berdirinya seorg wanita.

  • ainkecik

    siapakah gerangan wanita itu apet?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: