Bosan

Tak kira dikala waktu kelapangan ke, dlm perhubungan ke… Sape yg kadg2 rasa bosan cam aku? Pada pandangan aku, manusia akan rasa bosan sebab, pertama: takde pape yg nak dilakukan. Keduanya: dah jemu melakukan mende yg sama berulang kali.

Sebenarnya hidup aku sepatutnya takde istilah bosan. Aku takkan bosan sebab aku tatau ape yg akan terjadi pada aku esok hari. Aku takkan bosan jika semalam aku dah merancang apa aku nak buat arini. Hidup ini penuh dgn ketidakpastian. Bayangkan kalo aku tau apa yg pasti berlaku pada aku esok hari atau hari2 berikutnya. Bukan ke itu lebih membosankan? Aku seolah2 tak diberi peluang utk buat perancangan, berimpian dan berusaha capai impian.

Aku bekerja bukan utk hidup. Aku bekerja utk berjaya. Sebab tu adanya istilah KERJAYA. Kejayaan maknenye luas. Ada org nilai dgn wang ringgit. Ada org nilai dengan pangkat. Pada aku kejayaan sebenar ialah kepuasan diri mencapai impian kite atau keluarga. Bukan mencapai apa yg org lain hajati.

Kepada aku yg tgh bosan, rancanglah ape yg hendak dilakukan pada hari esok kerana esok tak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk aku. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Betul, ‘gagal utk merancang’ bermakna ‘merancang utk gagal’. Tapi ‘tak buat apa yg dirancang’ serupa gak macam ‘merancang tak buat apa2’. Bosan…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: