Kurus badan semudah ABC.

Formula kurus.

1. Aim = target utk turun berapa kg dalam masa sebulan.

2. Burning Desire = keinginan yang kuat.

3. Control = kawal makan.

Arini aku tak berniat nak menutup periuk nasi mereka yg menjual produk pelansingan badan. Secara logiknya kalo sume org kurus kat Malaysia ni, camane org yang menjual produk pelansingan badan nak cari makan? Camane media elektronik atau media cetak nak dapat duit hasil penyiaran iklan produk pelansingan badan? Setuju?

Ape yg aku nak kongsi ialah bagaimana utk mengurangkan berat badan dengan cara yg paling kos efektif. Kenapa perlu beli produk pelansingan badan sedangkan duit yang ade tu baik beli baju yang lebih kecil saiznya berbanding baju yg ade sebagai persediaan utk kurus.

Caranya amat mudah. Paling utama mesti ada matlamat yang jelas. Berapa kg nak turun. 5kg? 10kg? 15kg? Penting beb. Seterusnya ialah keinginan yg kuat (burning desire). Ni je modal yg perlu dikeluarkan. Burning desire datang dari minda dan hati kita. Percayala bahawa kekuatan bukan pada produk2 yg kita makan atau pakai tetapi kekuatan pada hati n minda kita. Ia adalah senjata kita dalam mencapai apa jua matlamat kita. Step ni kene lepas dulu. Wajib. Dah lepas baru bley gi step seterusnya.

Pastu, kita kena kaji kita makan sebab apa. Kebiasanya org yg mempunyai berat badan berlebihan disebabkan mereka salahguna hampir kesemua pancaindera.

Deria penglihatan= Kite tengok org makan macam best je, kita pon makan.

Deria bau= Terbau makanan yg menyelerakan, kita makan.

Deria rasa=  Rasa cam nak mengunyah je mulut, makan.

Deria pendengaran= Dengar org cakap tempat makan yg best2, kita gi tempat tu utk makan.

Benda cam ni susah nak control sebab ianya dah sebati dalam minda separa sedar kita. Langkah terbaik ialah gunakan kuasa minda utk mengawal semua pancaindera kita. Kita kena back to basic. Sebagai permulaan, sebelum makan kita tanya dalam diri sendiri, adakah kita sebenarnya lapo? Kalo tak, jangan makan. Minum air sudah. Cakap dalam ati, “Aku tak lapo so takde alasan utk aku makan”. Sambil tu kita bayangkan bentuk badan yg kita idamkan sekiranya kurus. Pahtu fikirkan pulak badan yang semakin membesar sekiranya kita makan waktu tak lapo. Makan berlebihan membazir dan banyak mudarat. Sebab tu aku cakap tadi mende ni memerlukan keinginan yang kuat. Kalo mende simple ni taleh buat, maknenye kita masih lagi tak melepasi syarat utama iaitu burning desire.

Duit yg kita dapat jimat sebab tak beli makanan tadi dah boley2 la beli baju yg lawa2 sesuai dengan bentuk badan yg diidamkan. Kalo tanak beli baju atau papepon, boleyla sedekah kat org palestin yg memerlukan bantuan makanan dan tempat perlindungan. Ingatlah bahawa kita bukan berniat utk menutup periuk nasi mereka yg cari makan dgn produk pelangsingan badan atau mereka yg bukak kedai makan. Kita cume  mengurangkan nasi dalam periuk nasi(rice cooker) kita sendiri utk beli barang2 keperluan lain.

p/s: Sabda nabi, ‘makan apabila lapo, berhenti sebelum kenyang.’

Tips benti merokok?


2 responses to “Kurus badan semudah ABC.

  • Fakhrul

    tips brenti rokok?
    haha..
    i2 kena tny tuan punye bdn dlu..
    dia nk ke x brenti..

    klu dia nk brenti, dia tau la cmner nk brenti..
    xperlu lah tips..hihihi

    p/s: nnt org buat ubat nk tambah berat bdn plak bila sume org dh slim..haha!

  • WiNz

    formula nk + berat bdn utk org yg tinggi metabolismanye camane plak?

    tips brenti merokok? bykkan puasa sunat bole kot.. pelan2 kayuh~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: