Masakan Ibu

Salam,

Apa beza masakan ibu/isteri/family dgn kedai makan? Kalo nak senarai memangla banyak. Antaranya ialah peranan individu yg memasak dalam diri kita, rasa masakan dan sudah tentu soal bayaran.

Aku rasa, perbezaan2 tu boleh disimpulkan dengan satu perkataan iaitu ‘tanggungjawab’. Tukang masak kedai memasak sebab tanggungjawab terhadap kerja. Mereka mencari rezeki dgn memasak. So, tak kesah ape cara, mereka kena pastikan makanan tu mesti sedap.

Ibu/isteri/family masak utk kita sebab tanggungjawab terhadap keluarga. Tanggungjawab utk bagi kita sihat. Tanggungjawab utk bagi kita bertenaga. Sambil masak, mereka berdoa agar makanan tersebut dari sumber halal utk diberikan pada org tersayang. Justeru, tanpa kita sedari, masakan mereka sebenarnya disertai dengan nilai kasih sayang. Itula mesej yg boleh ditafsir dari istilah ‘seperti masakan ibu’.

Biasanya istilah ‘macam masakan ibu’ kita sebut bila kita rasa makanan enak dan lazat yg dimasak oleh selain dari ibu kita. Aku rasa antara sebab masakan jadi sedap ialah memasukkan nilai kasih sayang dalam masakan.

Maknanya kalo kita sebut istilah tu kat kedai makan, salah satu sebab mungkin tukang masak tu masak utk org tersayangnya sekali.  


6 responses to “Masakan Ibu

  • Fakhrul

    masakan ibu lah masakan paling best dlm dunia ni..

    p/s: apa pula kata isteri tentang perkara ni?

  • Apet

    isteri takkan berkata ape2 kalo suami tak ckp pasal masakan ibu depan isteri. kot kot je ni…

  • Fakhrul

    hehe..
    tp isteri pun xleh nk berkata pape bila isteri sendiri tapau kat kedai..
    hahaha!

    p/s: mgkn sbb ni la suami suke balik umah ibu..

  • xcatloverx

    masakan ibu mmg yg terbaik…tp belajarla terime masakan isteri…sbb isteri dah cube yg terbaik…hehehe…

  • ainkecik

    sesuatu masakan itu akan menjadi sedap dan enak kerana orang yang memasak makanan itu memasak dengan penuh keikhlasan..dan tidak dinafikan masakan ibu adalah masakan yang paling sedap wlaupun hnya sekadar nasi dan ikan kering..

  • Fakhrul

    isteri lum cuba yg terbaik klu xsedap..
    hihi..
    try harder girls..

    p/s: nk jd bapa pun kena pandai masak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: