Melemahkan Yahudi, AS menerusi kuasa ekonomi


HATI sangat sayu tatkala melihat gambar-gambar penderitaan penduduk Palestin akibat kekejaman tentera Israel. Jika sebelum ini mereka membina tembok menyekat pergerakan penduduk Gaza dan menafikan bekalan perubatan serta bantuan kemanusiaan kepada warga Palestin, sekarang Israel semakin bernafsu untuk terus melakukan ‘pembersihan etnik’ penduduk Palestin melalui kekuatan ketenteraan.

Jadi sebagai umat Islam yang beriman, apa yang boleh kita lakukan untuk membantu menghentikan penindasan Yahudi ke atas saudara-saudara kita di Palestin itu? Rasulullah SAW ada menyatakan bahawa selemah-lemah iman seseorang ketika dia melihat sesuatu kemungkaran ialah dengan menyanggah kemungkaran di dalam hatinya. Persoalannya, apakah ini merupakan usaha yang termampu yang boleh dilakukan? Jawapannya tentulah tidak kerana kita sebenarnya boleh melakukan lebih daripada itu.

Kita di Malaysia bukan setakat menunjuk perasaan, malah turut menyalurkan pelbagai bantuan dalam bentuk kewangan, makanan dan perubatan kepada penduduk Palestin. Selain itu satu ikhtiar yang dilihat lebih berkesan untuk memberi tekanan ke atas Israel dan Amerika Syarikat (AS) ialah memulau barangan keluaran syarikat berkepentingan Yahudi.

Kempen pemulauan yang diterajui oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah usaha yang paling senang dan mudah untuk dilaksanakan kerana kita semua adalah pengguna. Malah ia lebih baik daripada menunjuk perasaan atau menyuarakan bantahan secara terbuka. Tambahan pula Israel dan AS bukanlah negara yang mengambil kisah tentang perkara ini.

Bagaimanapun keadaan mungkin boleh berubah jika kita mengambil tindakan yang boleh memberi kesan ke atas ekonomi atau sumber kewangan mereka. Melalui tindakan pemulauan baran

gan oleh para pengguna Muslim, tahap jualan syarikat-syarikat yang bersekongkol dengan Israel dan AS akan terjejas.

Ekoran daripada itu perolehan mereka akan menurun dan seterusnya akan mengurangkan sumbangan syarikat itu dalam bentuk bantuan kewangan mahupun percukaian kepada kerajaan negara-negara ini.

Secara amnya, kejayaan sesuatu usaha pemulauan oleh para pengguna bergantung kepada beberapa perkara.

Perkara pertama ialah isu sebenar yang hendak diketengahkan kepada masyarakat pengguna. Dalam kes pemulauan barangan Yahudi atau yang menyokong Yahudi, isunya amat jelas dan nyata iaitu tentang kekejaman dan kezaliman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin. Kaitannya dengan kepenggunaan ialah rejim ini memperolehi sumber kewangan daripada syarikat-syarikat berkepentingan Yahudi

Kempen pemulauan ini juga berperanan untuk memberi amaran kepada Israel dan AS supaya menghentikan kekejaman ke atas penduduk Palestin atau mereka akan berhadapan dengan masalah ekonomi akibat penurunan permintaan ke atas produk-produk keluaran syarikat yang bersekongkol dengan mereka.

Kedua, wujudkan barangan ganti atau pilihan kepada barangan syarikat yang dipulau. Maksudnya bila kita memulau sesuatu barangan, kita tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan barangan yang sama daripada syarikat-syarikat bukan milik Yahudi. Ini juga merupakan satu unsur penting kepada kejayaan sesuatu kempen pemulauan yang dijalankan.

Hakikatnya makanan segera, minuman ringan, fesyen, 

hiburan, barangan dandanan diri, produk teknologi dan sebagainya bukan sahaja dihasilkan oleh syarikat-syarikat yang menyokong kezaliman Zionis, ia juga turut dihasilkan oleh syarikat-syarikat tempatan mahupun serantau.

Pokok pangkalnya ialah kemahuan yang ada pada diri seseorang untuk bertukar jenama. Jadi jika kita tidak mahu terlibat sama bersubahat secara tidak langsung menyembelih rakyat Palestin, kita mesti mengatakan tidak kepada barangan AS dan Yahudi.

Ketiga, kempen atau usaha ini perlu dilakukan secara tersusun dan berterusan. Ia bukan usaha yang diibaratkan hangat-hangat tahi ayam. Sebaliknya ia perlu diperluaskan ke seluruh pelosok dunia dengan menjadikan para pengguna Muslim sebagai sasaran utama kempen.

Melalui perpaduan, kesatuan dan iltizam pengguna Muslim yang ingin melihat rakyat Palestin menikmati keamanan, kita percaya usaha pemulauan ini boleh membuahkan hasil yang diharapkan.

Selain membuat pemulauan barangan, tekanan ke atas kedua-dua negara pembuli ini boleh diperhebatkan menerusi pemulauan mata wang dolar AS. Saranan Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya dunia negara-negara Islam menghentikan penggunaan dolar dalam urusan perdagangan perlu diambil berat jika kita benar-benar ingin melihat keamanan dan kestabilan di Asia Barat.

Dalam hal ini negara-negara Arab yang merupakan pengeksport utama minyak dunia misalnya boleh memainkan peranan dengan meminta pembayaran dibuat menggunakan mata wang selain dolar. Melalui cara ini, kekuatan dolar boleh dilemahkan.

Pengguna Muslim perlu melakukan sesuatu untuk menghentikan kezaliman Zionis daripada terus berleluasa dan bermaharajalela. Sebagai satu bentuk bantuan yang termampu kita lakukan bagi membantu saudara kita di Palestin, kita wajib menyahut seruan pemulauan barangan dan dolar. Usaha ini diharap menjadi titik tolak kepada kelemahan kuasa serta pengaruh Yahudi dan AS di muka bumi ini.

– PENULIS ialah Felo Pusat 
Ekonomi dan Kajian Sosial,
Institut Kefahaman Islam Malaysia.



4 responses to “Melemahkan Yahudi, AS menerusi kuasa ekonomi

  • xcatloverx

    hopefully, org yg kite sebarkan, kite buat…sbb rasenye apet nie seorg penggemar mcD…hahaha..

  • Putera Parsi

    yang penting untuk tewaskan yahudi nie adalah 2p 1k.

    1. Perancangan.
    2. Perpaduan.
    3. Keberanian.

    Dunia islam zaman kini tidak pandai merancang..
    hanya mendengar & mengikut kata orang kafir..
    tidak mmpunyai inisiatif sendiri untuk berusaha dan terlalu mengharapkan org laen..
    islam zaman ni dh x wujud perpaduan..
    hanya mampu bercakap tanpa perbuatan.
    keberanian apetah lg.. semakin luntur dari zaman ke zaman..
    kalau islam kini ade ketiga2 aspek nie, mesti kite dpt tangani masalah sekarang dgn mudah..

    *kalau salah pandangan aku nie harap maaf..

  • Apet

    ewah2 catlover…dah lama giler saya tak gi macD. Aritu gi pon sebab awak suruh kejar skuad sinar FM. hahaha

  • xcatloverx

    bkan sinarfm la…xfm…huhu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: