Drama popular ‘Prison Break’ akan ditamatkan

UNIVERSAL CITY, California 14 Jan. – Syarikat penyiaran, Fox TV tidak mempunyai pilihan terpaksa menamatkan siaran drama bersiri popular di Amerika Syarikat, Prison Break, selepas drama itu disiarkan selama empat musim. (tambahan pula masyarakat kini sedang giat memboikot produk Amerika)

Rangkaian televisyen itu, semalam berkata, drama tersebut yang dibintangi oleh Wentworth Miller dan Dominic Purcell akan memulakan siaran episod terakhirnya pada musim bunga ini. (dgn harapan kekejaman Israel di hentikan serta merta)

Siri itu diberhentikan siarannya seketika pada musim Disember dan akan ditamatkan sebaik-baik episod terakhir disambung semula dengan kira-kira setengah dozen episod ditayangkan bermula 17 April ini. (setelah berdozen-dozen kereta kebal melanyak bumi Palestin)

Ia merupakan keputusan yang baik untuk Prison Break dan juga peminat-peminatnya, kata Presiden Fox Entertainment, Kevin Reilly.(dan baik kepada pemboikot)

Drama itu mengisahkan aksi suspen dua beradik yang menjadi banduan dan ‘pengembaraan’ kedua-dua beradik itu untuk menyelamatkan diri selepas diburu pihak berkuasa setelah berjaya melepaskan diri dari penjara. (bukan penjara di Guantanamo)

Episod terakhir dijangka memaparkan penceritaan yang lebih menarik, lapor rangkaian penyiaran, Fox.

Dalam siri musim keempat ia mengisahkan Micheal Scofield (Wentworth Miller) bersama abang dan rakan-rakannya berusaha membongkar komplot sebuah kumpulan The Company yang menjadi perancang pembunuhan adik kepada Naib Presiden Amerika Syarikat yang menyebabkan mereka merengkok di dalam penjara.

Drama siri popular itu pernah dicalonkan dan memenangi beberapa anugerah seperti Golden Globe Awards Ke-63 (2006) bagi Drama Televisyen Bersiri Terbaik dan Aktor Terbaik (Wentworth Miller), Saturn Awards (2005) dan People’s Choice Award (2005) bagi Drama Televisyen Terbaru Pilihan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_13.htm

Apet: Akhirnya ada juga jalan utk aku kawal diri dari bergantung sepenuhnya pada produk Amerika.


2 responses to “Drama popular ‘Prison Break’ akan ditamatkan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: