Tentang Sebuah Kampung

Dalam sebuah kampung, ada 4 org pemuda ni nama Amer, Saril, Malik dan Faisal. Amer merupakan satu2nya peniaga runcit kat kampung derang yg didiami lebih kurang 200 keluarga manakala Saril hidupnya makan tanggung berak cangkung oleh Amer kerana semangat setiakawan. Tapi yg peliknya, si Saril ni dok menumpang umah Faisal. Faisal ni org miskin kat kampung tu. Saril ngan Faisal ni selalu sangat bergaduh. Si Malik lak orgnye sederhana. Tak la kaya sgt.

Satu hari, Saril pukul Faisal separuh mati sebab nak halau Faisal dari umah Faisal sendiri. Amer bagi batu lesung kat saril suruh hentak kepala Faisal. Kejadian cam ni bukan baru. 

Atas dasar simpati, Malik ulur duit sket kat Faisal utk gi berubat. Ade la sket2 barang dapo Malik bagi ikut kemampuan. Oleh kerana Malik ni jenis lantang, die kutuk Amer sebab support Saril pukul Faisal. Kalo 5kali gi kedai Amer, 5kali jugak la die kutuk Amer depan2 sambil beli barang dapo.

Satu hari Malik kumpul org kampung dalam 50 org bincang nak bukak koperasi runcit kat kampung. Dipendekkan citer, diorg berjaya bukak kedai runcit. Perniagaan diorg ni berjalan agak ok la. Disamping tu, dieorg tolong org miskin termasuk Faisal baiki umah, malah siap ulur periuk belanga dan kuali sebagai pertahanan diri. Tapi malangnya, citer dalam perenggan ini hanyalah mimpi dalam tidur Malik.

Realitinya, bangun dari tido, Malik masih beli barang dapo kat kedai Amer sambil kutuk2 Amer.

P/S: Kalo Malik bersama 50 org kampung lagi betul2 bersatu, mungkin senario kampung akan berubah.  Citer ni kalo rasa tak logik, renung la isu Palestin.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: