Selamat Tahun Baru

Salam,

Selamat menyambut awal Muharram. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok semestinya lebih baik dari hari ini. Mengambil kata2 org2 ayat power, ‘semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah impian.’

Dalam mengejar impian adakala kita kena usha2 masa lampau sebagai panduan hari ini. Tapi bukan merenung dan merintih lame2 kenangan silam kita sebab ianya ibarat menggergaji habuk kayu. Contohnyakalo kite bawak kete, sesekali kene gak pandang cermin pandang belakang (sesetengah peminat citer seram, prinsip die jangan pandang belakang).

Pada aku, masa depan tu sebenarnya sama ngan hari ini. Sebabnya ape yang kita lakukan pada hari ini menentukan siapa kita atau ape yg kita dpt pada hari esok. Aku ulangi, ape yang kita LAKUKAN, bukan ape yang kita IMPIKAN pada hari ini menentukan siapa kita atau ape yg kita dpt pada hari esok.

Apa yang kita impikan menentukan apa yang kita nak, apa yang kita lakukan menentukan apa yang kita dapat.

Pun begitu aku tak nafikan tindakan dan impian saling memerlukan antara satu sama lain macam jalanraya dengan kereta. Tindakan tanpa matlamat ibarat memanah tanpa sasaran. Matlamat tanpa tindakan umpama mimpi ngeri di siang hari (atau umpama mimpi dalam mimpi).

Aku cakap ni utk diri aku sempena menyambut awal Muharram.


2 responses to “Selamat Tahun Baru

  • Garam & Gula

    Selamat tahun baru juga pet aku nak tujukan khas untuk ko..aku sedar banyak perkara yang kurang memberi keselesaan muktamad pada ko terutama dari aku..sedarku hanya sahabat yang alpa…maafkan aku dan saran aku agar kita sama2 mengimpal tekad & azam untuk memperbaiki kerosakkan tahun 2008!!!SELAMAT DATANG KU UCAPKAN PADAMU 2009!!!

  • Fakhrul

    selamat tahun baru..
    buat azam baru, azam lama kite lupakan..
    hahaha!

    p/s: azam xpernah tercapai…

Leave a comment