Blog perlu ketengahkan komen yang wajar – Dr. M

Utusan Malaysia 19 Disember 2008 / 21 Zulhijjah 1429

 

 

Bekas Perdana Menteri berkata, mereka yang baru hendak menceburi bidang ini pula harus mempunyai pemikiran yang waras iaitu boleh bersifat adil dan tidak menggunakan kemudahan blog untuk melemah atau menjatuhkan sesiapa.

”Ini penting kerana pada saya, blog tidak harus ada penapisan (oleh kerajaan) tetapi pada masa yang sama, jika anda menulis dalam blog bagi tujuan ugutan untuk membunuh seseorang, maka ia tidak baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab sempena majlis autograf bersama pembeli buku tulisan beliau yang berjudul chedet.com – Blog Merentasi Halangan di sebuah kedai buku terkemuka di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Seramai 100 orang yang membeli buku tersebut hari ini diberi peluang eksklusif mendapatkan autograf Dr. Mahathir dalam sesi yang berlangsung selama hampir sejam itu.

Buku berkenaan yang diterbitkan Berita Publishing Sdn. Bhd. telah dijual sebanyak 9,000 naskhah sejak dilancarkan kira-kira tiga bulan lalu.

Dalam sesi soal jawab tersebut, Dr. Mahathir turut menyeru golongan muda terlibat mengendalikan laman blog kerana ia boleh menajamkan kemahiran menulis.

Katanya, melalui blog juga, seseorang itu dapat meluahkan apa sahaja perkara yang diingininya kerana blog tidak terikat dengan ruang seperti dalam media.

Ditanya mengenai penerbitan memoir kisah hidupnya, bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau belum dapat memberikan tarikh sebenar bila ia akan dapat disiapkan.

Menurutnya, ini memandangkan masih ada lagi perkara yang tidak memuaskan hatinya apabila setiap kali membaca drafnya dan ini menyebabkan beliau terpaksa melakukan pindaan dan pembetulan terhadap apa yang telah ditulis.

”Saya cuba tulis memoir lebih daripada enam tahun dan setiap kali saya baca akan ada lagi yang saya tidak puas hati, jadi saya tulis lagi.

”Jurutaip saya pun jadi penat sebab kena buat banyak pindaan sampai lima atau enam kali terhadap sesuatu perkara. Oleh itu, saya pun tak tahu bila ia akan diterbitkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, ditanya apakah kemungkinan media elektronik akan mengambil alih peranan media cetak suatu hari nanti sebagai media utama, Dr. Mahathir berkata, semua itu terpulang kepada kandungan berita yang disiarkan.

Menurutnya, kalau berita yang ditulis itu tidak bermakna atau mengarut, maka sudah tentu orang ramai akan menolaknya.

”Untungnya lagi dalam penulisan blog, kita tidak ada penapisan jadi kalau kita tulis sesuatu, maka semuanya akan keluar.

”Kalau bagi temuramah media, belum tentu lagi apa yang saya cakap keluar semua kerana mereka akan siarkan apa yang mereka nak sahaja, malah adakalanya keluar cerita apa yang saya tak cakap pun,” ujarnya.


One response to “Blog perlu ketengahkan komen yang wajar – Dr. M

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: