Setiakawan 2

Salam,

Dalam dunia ni, kita akan jumpa ngan org yg nak amek tau pasal kita. Ni pade pandangan aku….ada 2 golongan. Golongan pertama adalah mereka yg mengambil berat tentang diri kita. Yg menyayangi kita. Satu lagi golongan yg seronok dapat tau pasal org lain n rasa bangga dapat tau supaya dapat diceritakan kat org lain.

Golongan yg kedua ni buley jd ader dikalangan kawan2 kita tapi tak elok la kalo kita berperasangka sebab kita bukan tau ati org. Mebi aku boleh bg contoh golongan kedua ni adalah sesetengah wartawan yg menulis ruangan hiburan dalam akhbar2 atau media cetak yg seumpamanya (name pon nak cari makan). Tapi kat sini aku tak minat nak citer pasal golongan kedua ni.

Dunia makin maju dan kos sara hidup makin tinggi. So setiap manusia perlu berjuang utk berjalan seiring ngan kemajuan teknologi. Kawan2 senang nak jumpe. Waktu nak enjoy ke, lepakking2 ke, kat tempat keje ke maupon dalm kuliah. Sahabat lak, ramai yg tak perasan kehadirannya. Kawan ialah org yg berdiri disebelah kita bile kita jatuh tapi sahabat ialah org yg membangkitkan kita dr jatuh. Kawan ialah org yg same2 lepak ponteng kelas/keje tapi sahabat ialah org yg menegur kite jgn ponteng. Kawan ialah org yg sanggup tipu agar taknak tgk kite bersedih tp sahabat ialah org yg menegakkan kebenaran walopon bley wat kite terase semate2 nk memajukan kite.

Tapi tak semua org sanggop dirinya dikritik atau ditegur malah ada yg berkata,”Alah, ko pon same gak. Ckp je pandai”. Ayat paling biase dgr kalo kita cube tegur. Sebenarnya yg paling elok, same2 bersikap positif dan bfikiran terbuka. Same2 saling ingat mengingati n tegur menegur dengan ikhlas. Kite bukan mampu jadi yg terbaik tp kite mampu wat yg terbaik.

Memetik kata2 Richard Exley (2002),- ‘Sahabat sejati adalah org yg sanggup dengar dan mengerti ketika anda mengungkapkan perasaan anda yg paling dalam. Dia juga menyokong ketika anda sedang berjuang, menegur dgn lembut dan penuh kasih sayang ketika anda berbuat salah dan tidak menyalahkan anda sekiranya anda gagal. Sahabat sejati akan memberi semangat bagi perkembangan peribadi anda, mendorong memaksimakan potensi anda sepenuhnya. Dan yg paling menakjubkan, die juga akan meraikan kejayaan anda seolah2 kejayaannya sendiri.’

John L. Mason- ‘Your best friends are those who bring out the best in you.’

Zaman sekarang ni masih ade ke sahabat yg sanggup korbankan kepentingan demi org lain memandangkan dunia sekarang membangun dgn pesat dan penghuninya semakin mementingkan diri? Jawapannya dalam diri kita. Kita renung dan cakap dlam hati ‘Adakah kita merupakan sahabat sejati bagi org lain dan siapakah sahabat sejati kita hingga ke hari ini?’


2 responses to “Setiakawan 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: