Garam & Gula Episod 2

Seorang lelaki misalnya aku.
Tiada wang lebihan untuk dibanggakan
kecuali rumah digadai 20 tahun kerana pinjaman wang
kecuali sebuah kereta harus dilangsaikan hutang 5 tahun

kiranya majikan murahkan hati,
barangkali kenaikan gaji 7 %
membenarkan aku membawa diri ke Pulau Langkawi
tentunya bukan ke Plague, kota Milan Kundera
bukan juga ke perairan terumbu karang di luar pantai Queenland.

Sahabat karibku pernah ke Kent. Menurutnya, pernah terserempak
Keanu Reeves, pelakon Hollywood tersohor
ketika menyelami lautan mengenal tabiat pari-pari
mengenal kumpulan jerung yang dijarangkan urusniaga sirip
sambil menceritakan kehangatan sejagat – Global warming

barangkali membincangkan peperangan menyerang bumi Afghanistan
perihal anak-anak kebulur dan wanita-wanita kehilangan suami
tentang keluarga dileburi perang
aku turut menonton tayangan CNN
hanya kurang pasti – fakta diputarbelitkan, atau ia kebenaran
kebenaran – seperti kata sahabat karibku KS, “sering memihak
kepada pengertian diri, dan dari sudut mata memandang.”

Seperti ulang tayang kapalterbang melanggar bangunan WorldTrade
di New York, kerana pusat tumpuan dunia
maka berulangkali terungkit, dipertikai, dan diadakan pendebatan
bagaimana pula api membakar dunia ketiga
hutan terbakar dan manusia mati katak
anak-anak kurang khasiat membuncit perut
dilanggar penyakit entah apa nama

seorang lelaki misalnya aku. Manusia kecil mendiami sebuah kota
ingin mengumpul wang secukupnya untuk tidak sengsara di usia tua
mencukupi bekalan anak-anak ke universiti
kiranya ada sedikit lebih – untuk perbelanjaan perkebumian
bukankah semua yang hidup pasti mati?
Untuk itu, seorang lelaki misalnya aku
sertai golongan tenaga kerja
saban hari mencakari perut kota.

nukilan ini hanyalah catatan seorang yang bernama lelaki…
aku bersyukur walaupun aku tiada abang, adik lelaki hanya aku berdiri sebagai lelaki…beban yang aku pikul, tanggungjawab yang aku galas yang menjadi nadi penguat semangat aku selama ni. Syukur…mungkin sesetengah pendapat akan mengatakan aku pasti dimanjakan tapi maaf bicara semenjak kecil aku dibesarkan tanpa 1 mahu ku dituruti..mungkin inilah cara terbaik bagi mengajar aku erti kehidupan dan menyiapkan aku menghadapi dunia yang penuh dugaan. aku pernah merungut pada diri mengapa aku?what did i’ve done to deserve such segmented feelings?..tapi setiap dugaan punya hikmah dari Yang Maha Kuasa…aku REDHA…penulisan aku di ruangan ini hanyalah sebagai perkongsian sihat bukan mengkritik atau minta dikritik kerana aku yang mahu berkongsi biarlah mereka mahu kata apa tentang coretan ini namun aku tetap diriku yang berniat untuk tidak menjadi pengkritik…Garam & gula yang aku lalui dalam hidup menjadi pengalaman yang sangat berguna bagi aku belajar menjadi INSAN.semua inginkan hidup yang bahagia, senang, selamat tapi apa yang kita perlu lakukan demi mengecap semua itu? mungkin jawapannya ialah PENGORBANAN…


One response to “Garam & Gula Episod 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: