Garam & Gula: Episod 1

Selalu aku terbayang apa akan jadi pada hidup kita jika garam & gula tidak pernah wujud…”renung-renungkan dan selamat berfikir” aku cakap pada diri kudusku..lauk asam pedas ikan tenggiri akan tawar, ayam masam manis akan bertukar kepada ayam tawar hebeh..hilang seri la sajian di zaman silam pendek kata..tapi setiap yang wujud ada hikmahnya begitu juga garam & gula…jika difikirkan hidup kita di dunia fana ni pun penuh dengan garam & gula..adakalanya pahit, manis, masam, masin…semua jenis rasa akan kita lalui dalam menempuh liku-liku hidup ni..tapi apa yang aku tertarik untuk kongsikan disini adalah tentang implikasi garam & gula kehidupan terhadap diri kita..apakah ianya menjadikan kita lebih matang? apakah ianya membuat kita hanyut dengan kealpaan dan kelalaian kita?apakah kita jadi leka dengan kemanisan hidup?…pernah satu pengalaman aku lalui yang aku dahulunya hanya mendengar dari masyarakat sekeliling tapi tak pernah terlintas dalam sanubari aku yang aku juga akan mengalaminya…bila kita GAGAL dalam mengejar ilmu..anak melayu GAGAL dalam pelajaran di menara gading bukan fenomena EL NINO bagi masyarakat kita tapi apa pula jika kes yang melibatkan hilang minat sebagai alasan untuk berhenti dari sesebuah institusi pengajian tinggi satu alasan yang relevan? sudah tentu semua orang bersependapat bahawa tindakan tersebut merupakan satu tindakan BODOH!! semestinya jika tidak minat tak payah masuk U buat apa bazir masa, wang & tenaga?! tapi itulah yang terjadi pada diriku..tapi disebalik alasan itulah yang membuatkan aku mampu menjadi siapa diri ini sekarang…aku mampu buktikan pada DIRI aku yang aku bukan pencacai!!aku mampu memegang jubah di dewan konvo, aku mampu melipat skrol aku dalam jubah, aku mampu tersenyum di depan lensa kamera jenis kodak sambil memeluk skrol yang tertera IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN…ini gula dalam hidup aku..


4 responses to “Garam & Gula: Episod 1

  • Putera Parsi

    air kopi x kan wujud kalau gula x wujud..
    ikan masin pun x kan wujud kalau garam x wujud garam..
    org x kan terpikir semua nie..

    benda2 nie x membantu kita berjaya..
    kita berjaya ats daya usaha dan minat kite sendiri…
    kite kne mengejar impian bukan mengharapkan impian..
    barulah hidup nie akan berubah..
    so , ape yg dicerita ni kau kurang tepat bg aku..

  • r3dh4

    [air kopi x kan wujud kalau gula x wujud..
    ikan masin pun x kan wujud kalau garam x wujud garam..
    org x kan terpikir semua nie..]

    ALLAH S.W.T jadikan garam & gula sebagai tanda kekuasaanNYA untuk buat manusia berFIKIR tentang hikmah kejadiannya..manusia sudah pon memikirkan smua ni sbb tu wujud nya alternatif untuk memperbanyakkan sumber garam & gula…manusia akan sentiasa mengkaji maka perumpamaan GARAM & GULA hanyalah gambaran hidup.masa kan dengan secubit garam dan gula mampu membawa KAU ke puncak kejayaan?itu hanya kaitan yang boleh dijadikan modus operandi…FIKIR jika kau benar2 seorang PUTERA dari PARSI yang kau gembar gemborkan…

    [benda2 nie x membantu kita berjaya..
    kita berjaya ats daya usaha dan minat kite sendiri…
    kite kne mengejar impian bukan mengharapkan impian..
    barulah hidup nie akan berubah..
    so , ape yg dicerita ni kau kurang tepat bg aku..]

    ketepatan imbuhan bukan terletak pada 1 individu empunya idealogi tapi pada setiap individu yang ada prinsip..jika kau rasa aku kurang tepat maka aku rasa kau pun tak pernah tepat orang nya sebab manusia hanya akan nampak ketidaktepatan manusia lain dan buta pada ketepatan sendiri..itu adalah lumrah manusia…

    rasional kehidupan terletak pada niat seseorang individu dalam menentukan tujuhala dan keputusan yang diFIKIRkannya wajar pada sesuatu situasi..kejayaan bukan terletak 100% pada diri manusia tapi pada pencipta manusia itu sendiri.manusia berpegang pada konsep usaha & tawakkal untuk berjaya..impian hanyalah destinasi kejayaan…oleh itu,setelah diaplikasikan konsep usaha maka konsep tawakkal perlu disusuli…anjakan paradigma membuatkan kealpaan lupus kerana kesedaran minda..

    maka aku pun rase kau KURANG TEPAT…
    luahan pendapat aku empunya diri…

    wassalam

  • Fakhrul

    rasa malas dan putus asa buat kita lupa dengan apa tujuan belajar..
    gangguan luar dan pengaruh buat kita hilang fokus tentang pelajaran..
    harap aku dapat lalui dengan tabah.

    p/s: orang lama kenal kopi sebelum gula..

  • nevermindlah

    pak belalang buat kopi pakai arang(belakang kuali).mungkin gula masih tak wujud time tu.ade sangkut paut x?ulas sikit..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: