Masalah vs Cabaran

Salam,

Kadang2 kita suka, kadang2 kita sedih, kadang2 kita gembira, kadang2 kita kecewa….tu la kehidupan. Betol ke kalo kita kata ‘hidup umpama roda’? Aku rasa yg lebih tepat ialah ‘hidup umpama roda yg bergerak’. Roda yg tak bergerak, kita akan stay still je. Kalo kat bawah, bawah je, kat atas, atas je. Atau dengan kata len, org mati je roda yg tak bergerak. Selagi roda itu berputar, selagi itu lah kita masih hidup. Maknenyer kita kena terima hakikat bahawa dalam menjalani kehidupan yg sementara ni, langit tak selalu ujan. Awan mendung pasti berarak pergi. Macam2 bentuk ujian kita kene tempuhi.

Macam2 masalah yg boleh berlaku kat manusia. Ade yg masalah kewangan, percintaan, perniagaan, kesihatan dsb…Sume org kalo boleh tanak hadapi masalah. Tapi pecaya tak bahawa sebenarnya org mati jer yg tade masalah. So sbg makhluk hidup, ape yg perlu kita buat ek?

Pada pandangan aku, cara paling mudah ialah menukar perkataan ‘masalah’ kepada ‘cabaran’. Aku rase kalo kita anggap sume masalah sbg cabaran, mebi kita akan lebih bersikap optimis dan berfikiran positif. Sebabnya ramai antara kita yg memilih utk memilih jalan lari dari masalah sedangkan manede manusia yg boleh lari dari masalah. Yg ada hanyalah menipu diri sendiri. Masalah yg datang kena setelkan sebab setiap penyakit pasti ade penawar. Plus, tuhan turunkan ujian selevel ngan kemampuan makhlukNya. Tuhan tak bagi masalah yg tak mampu kita pikul. So hadapilah ‘cabaran’.

Aku cakap ni utk diri aku jugak. Biasa lah kadang2 kita kecewa dalam relationship ke, ilang kawan ke, ilang perniagaan ke, ilang barang ke…. Aku percaya jika kita hilang sesuatu dan kita redha, tuhan akan ganti dengan yg lebih baik. From now on, mukasurat yang tertulis perkataan ‘gagal’ dan ‘masalah’ takder dalam kamus hidup aku. Aku dah siat n buang jejauh. Yg ada hanyalah perkataan ‘belum berjaya’ dan ‘cabaran’. 

 

apetbarreto4


2 responses to “Masalah vs Cabaran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: