03
Oct
09

Gadisku

Gadisku
Seri mewangi bagai disiram
Selautan kasturi

Gadisku
Terindah padamu kerna tak pernah meminta selain cinta
Dialah gadisku selalu

Tak peduli kata orang terhadap dirinya
Aku tahu dia gadisku
Tak peduli nista yang terlempar padaku
Dia tahu dia gadisku

Cinta kan bermakna
Jika sama saling memahami
Cinta ku bercahaya
Jika disulami cinta suci

Gadisku
Terindah padamu kerna tak pernah meminta selain cinta
Dialah gadisku selama lamanya

Di kala hidup ini rangkap tak bermaya
Dia datang membawa harapan
Di kala hari-hari ku menjadi gelita
Dia datang membawa nyalaan

Cinta kan bermakna
Jika sama saling memahami
Cinta ku bercahya
Jika disulami cinta suci

03
Oct
09

chantek

11
Sep
09

Asal usul Uwais al-Qarni

Petikan dari tazkirah oleh ust Haron Din.

Asal usul Uwais al-Qarni
Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.

Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.

Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).

Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.

Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia “ Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaiman pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”.

Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta’ala”. Ibunya menanbah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”

Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak.  Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.

Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.

01
Sep
09

Do You Believe

One day a 6 year old girl was sitting in a classroom. The teacher was going to explain evolution to the children. The teacher asked a little boy: Tommy do you see the tree outside?

TOMMY: Yes.
TEACHER: Tommy, do you see the grass outside?
TOMMY: Yes.
TEACHER: Go outside and look up and see if you can see the sky.
TOMMY: Okay. (He returned a few minutes later) Yes, I saw the sky.
TEACHER: Did you see God?
TOMMY: No.
TEACHER: That’s my point. We can’t see God because he isn’t there. He doesn’t exist.

A little girl spoke up and wanted to ask the boy some questions. The teacher agreed and the little girl asked the boy: Tommy, do you see the tree outside?

TOMMY: Yes.
LITTLE GIRL: Tommy do you see the grass outside?
TOMMY: Yessssss (getting tired of the questions by this time).
LITTLE GIRL: Did you see the sky?
TOMMY: Yessssss
LITTLE GIRL: Tommy, do you see the teacher?
TOMMY: Yes
LITTLE GIRL: Do you see her brain?
TOMMY: No
LITTLE GIRL: Then according to what we were taught today in school, she must not have one!

“FOR WE WALK BY FAITH, NOT BY SIGHT”

17
Aug
09

Menang kalah adat permainan.

“Biasalah… menang atau kalah mmg adat permainan.”

Bila biasa kita dgr kata2 tersebut? Adakah kita perasan bahawa selalunya org yg menyebut ayat di atas adalah org yang kalah. Bukan takde tapi jarang sekali org yg menang ckp camtu sebabnya org yg meraikan kemenangan seringkali lupa mengenai adat perlawanan. Kerana apa? Semestinya kepuasan.

Org yg kalah lebih baik ckp camni “Org yg kalah dpt sesuatu yg lebih berharga dari pemenang iaitu pengajaran.” Belajar dari kegagalan menjadikan kita lebih flexible. Kita akan menyediakan strategi2 baru utk masa depan.

Asalkan tak ckp camni sudah “Kalo sume nak menang, siapa yg nak kalah?”.

Berfikirlah seperti juara “Pemenang hanya ada satu dan akulah org itu!”

28
Jul
09

Kawan, girlfriend, isteri dan …

love

Entry kali ini sesuai utk org bujang…

Apa beza gf/bf, tunang n isteri? Semua org tau jawapan tanpa banyak berfikir. Tapi apabila ditanya apa perbezaan gf ngan kawan, rata2 org akan banyak berfikir walaupun soalan tu bukanlah susah nak jawab. Sume org pon tau kot. Bercinta tahap gf/bf ni berisiko kerana selagi belom ade ikatan yg sah, masing2 berhak menentukan siapa yg terbaik utk dirinya. Unless kalo pasangan tu da buat perjanjian berdarah. Hahaha..

Bila kita menyintai seseorang, kita akan meletakkannya dalam satu bahagian di hati kita. Dan bila kita kehilangannya, konfemlah kita rasa sakit sebab kita kehilangan sebahagian dari diri kita. Kepada yang takut utk menghadapi risiko putus cinta, tunggu sehingga ada insurance company yg menawarkan polisi utk individu yg putus cinta.

27
Jul
09

Boss & Leader

The boss The leader
drives people coaches them
depends on authority on good will
inspires fear inspires enthusiasm
says “I” says “we”
fixes the blame for the breakdown fixes the breakdown
says “go” says “let’s go”
creates fear creates confidence
fixes blame corrects mistakes
knows all asks questions
makes works drudgery makes work interesting
is interested in himself/herself is interested in the group
20
Jul
09

Warmness on the soul

Gambar Hiasan. Ehsan dr Qiqi.

20
Jul
09

Apabila

Apabila
Ada adam ada hawa,
Ada purnama ada mentari,
Ada jantan ada betina,
Ada langit ada bumi,

Dan apabila
Ada sedih pasti ada gembira,
Ada kegagalan pasti ada kejayaan,
Ada benci pasti ada sayang,

Dan begitu juga apabila
Ada aku semestinya ada dia…

15
Jul
09

Impianku di tengah laut?

dream

Kadangkala org yg berimpian dianggap gila oleh org disekitarnya tetapi mereka lupa bahawa setiap barang dan hal penting yg kita nampak dan nikmati pada hari ini sebenarnya dtg drpd orang yg dulunya dianggap gila oleh orang disekitarnya.

Impian merupakan sumber inspirasi dan motivasi dlm kehidupan. Kereta bergerak atas asbab adanya petrol. Manusia pon sama. Impian ibarat bahan bakar utk kita bergerak dlm hidup kita. Walopon pelan, tapi pasti. Kejayaan seseorg banyak bergantung kpd berapa besar impiannya.

Impian yg tidak disusuli tindakan kita tak boleh panggil impian. Jangan salah paham sebab ianya tak lebih dari mimpi ngeri. Halangan dan rintangan pasti ada dlm usaha mencapai impian. Kita tak boleh jadikan jalan yg penuh ranjau sebagai batu penghalang tp jdikan ianya sbg batu loncatan. Cume kdg2 yg menyebabkan kebuntuan berlaku ialah apabila kita sesat semasa kita bergerak mencapai impian.

Contoh lain cam ni… Bila kita naik bot, mmgla kita tau mana arah yg kita nak pegi. Bayangkan sekiranya bot yg kita naiki karam dan terdampar di sebuah pulau yg tak berpenghuni. Kita tak tau sape yg akan dtg tolong selamatkan kita. Nak pegi mana pon tak tau. So cane? Ape yg kita boleh buat utk pastikan kita dapat terus hidup? Jawapannya ialah HARAPAN.




"Arini kalo anda stress atau bermasam muka, maknanya anda lupa bahawa muka anda lebih manis bila tersenyum. Izinkan aku utk mengingatkan sesungguhnya senyuman anda memberikan makna yg besar buat org disekeliling."

Hari Semalam Dalam Sejarah

February 2010
M T W T F S S
« Oct    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Artifak Berharga

My Photos

DSC00551

DSC00547

More Photos

Vote, vote, vote!!

visit me here

Lalu Lintas

  • 5,556 org2 hebat pernah parking kat sini.

BlogMalaysia.com